Q1 2025 CELIK IT ADIK NUR AISYAH BINTI ZUL AZMI FARHAM
Latar belakang
Adik Nur Aisyah Binti Mohd Zul Azmi Farham merupakan anak kedua daripada 5 beradik, berasal dari Kampung Jabi, Jerteh dan berumur 11 tahun. Adik Aisyah merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Jabi dan tahun ini akan menduduki peperiksaan UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK).
Adik Aisyah ingin mentelaah dan belajar melalui online tentang pelajaran dan mata pelajaran UPKK. Dia sentiasa datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jabi untuk mencari maklumat berkenaan matapelajaran yang ingin dia duduki.
Adik Aisyah dikategorikan sebagai pengguna sederhana mahir dalam penggunaan komputer. Namun, itu tidak mematahkan semangat beliau untuk belajar secara lebih mendalam mengenai teknologi yang semakin berkembang. Hal ini kerana, tugas beliau sebagai seorang pelajar perlu mahir dalam penggunaan komputer dan teknologi maklumat dalam pencarian ilmu secara atas talian dan banyak lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum ini, Adik Aisyah hanya tahu asas menggunakan komputer kerana beliau hanya biasa menggunakan computer untuk melayari Youtube, Tiktok dan permainan di atas talian.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Dengan penglibatan pelbagai program yang dijalankan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jabi, Adik Aisyah semakin mahir serta cekap dalam menggunakan computer dan teknologi maklumat. Beliau mengunjungi Pusat Ekonomi Digital Kg Jabi apabila beliau sentiasa datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Jabi untuk mencari maklumat berkenaan matapelajaran yang ingin dia duduki. Beliau sentiasa meminta pertolongan dari petugas NADI jika terdapat permasalahan dalam penggunaan computer. Dengan kerajinan beliau mengunjungi NADI Kampung Jabi, Adik Aisyah semakin mahir menggunakan computer dalam pencarian tugasan sekolah serta maklumat dalam pembelajaran secara atasa talian tanpa memerlukan pemantauan dari petugas NADI Kampung Jabi.