Selaras dengan kemajuan Terengganu, Pekan Jabi kini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas. Kemudahan insfrastruktur yang disediakan oleh Majlis Daerah Besut dan juga Kerajaan Negeri Terengganu ini adalah untuk memudahkan segala urusan penduduk kampung. Di antara kemudahan asas yang disediakan adalah :
Hentian Rehat Dan Rawat Kampung Jabi
![]()
Klinik Kesihatan Jabi, Jerteh Terengganu
Untuk kes kecemasan selepas waktu pejabat, sila hubungi penolong pegawai perubatan yang bertugas di kuarters anggota.
Rawatan untuk kanak-kanak dan ibu mengandung adalah setiap hari
Rawatan untuk darah tinggi dan kencing manis : Selasa dan Rabu
|
HARI |
PAGI |
PETANG |
| Ahad | 8.30 a.m – 12.45 p.mRawatan di denture di Klinik Pergigian Jerteh | 2.30 p.m – 4.00 p.mRawatan temujanji di Klinik Pergigian Jerteh |
| Isnin | 8.30 a.m – 12.45 a.mRawatan ke sekolah | 2.30 p.m – 4.00 p.m Rawatan temujanji di Klinik Pergigian Jabi |
| Selasa | Rawatan ke sekolah | Rawatan temujanji Pesakit kanak-kanak |
| Rabu | Rawatan Pesakit Luar (Dewasa) | Rawatan temujanji Pesakit kanak-kanak |
| Khamis | Rawatan ke sekolah | 2.30 p.m – 4.00 p.m Rawatan temujanji di Klinik Pergigian Jertih |
Caj perkhidmatan / pendaftaran dikenakan
RM1 setiap pemeriksaan.
Pada musim cuti sekolah, rawatan temujanji di
Klinik Pergigian Jabi akandiadakan setiap
hari Selasa (pagi sahaja)
Hentian Rehat Dan Rawat Kampung Jabi

Hentian Rehat dan Rawat Jabi, Jerteh, Terengganu
Di R&R Jabi k menyediakan fasiliti yang lengkap, dan selesa untuk pengunjung berhenti rehat, menunaikan ibadat dan menjamu selera disini.
Masjid Kg Jabi
Masjid Kg Jabi, Pekan Jabi 22020 Jerteh, Terengganu
KEPENTINGAN MASJID MEMPERKUKUH LEGASI UMMAH
Masjid merupakan rumah ibadah bagi umat Islam dalam mengerjakan solat dan majlis keagamaan serta pusat aktiviti sosial umat Islam. Masjid adalah sebuah institusi ibadah yang sepatutnya berkembang sejajar dengan arus perkembangan zaman dan memainkan peranan di dalam kehidupan masyarakat Islam sebagai sebuah institusi membina kemajuan ummah. Mengimarahkan masjid pula adalah tugas yang berkait rapat dengan konsep kejadian manusia untuk melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar. Justeru itu, setiap individu Muslim seharusnya menunjukkan iltizam supaya memastikan pengurusan masjid berfungsi sebagai pusat ibadah dan pembangunan ummah. Selain itu, pentadbiran dan pengurusan masjid perlulah dikemaskini terutamanya mekanisme yang bercirikan profesionalisme dalam segenap sistem pengurusan dan pentadbiran masjid. Ini adalah kerana pembangunan dan kecemerlangan ummah bermula dari sejauhmana berkesannya penggerak dalam melaksana pengurusan masjid.
Masjid Kg Jabi mengambil peranan melaksanakan program-program dakwah seperti :-
1) Program pengisian rohani berbentuk tazkirah, kuliah dan ceramah perdana
2) Sambutan hari kebesaran Islam
3) Program Belia
4) Program Pengukuhan Sahsiah dan Organisasi
5) Kursus Asas Hal Ehwal Islam
6) Program Kemasyarakatan
Dewan Sivik Kg Jabi

Dewan Sivik Kg Jabi, Pekan Jabi Kg Jabi 22020 Jerteh Terengganu
Antara perkhidmatan yang boleh digunakan :
1) Kenduri majlis perkahwinan
2) Majlis keramaian penduduk
3) Majlis perjumpaan dengan penduduk
4) Mesyuarat pibg,sekolah dan perjumpaan ibubapa bersama pemimpin tempatan
5) Mesyuarat dengan penduduk adun, yb dan pemimpin tempatan
6) Tempat gelangan futsal,badminton dan acara sukaneka
7) Tempat ilmiah jemputan para pendakwah atau tenaga pengajar
8) Dan lain- lain acara boleh digunakan.
Stesen Minyak Caltex
Stesen Minyak ialah sebuah kemudahan yang menjual bahan api dan pelincir untuk kenderaan bermotor. Bahan api paling biasa dijual ialah petroleum (dipanggil gasolin di AS dan Kanada) atau minyak diesel. Dispenser bahan api digunakan untuk mengepampetroleum , diesel, CNG, CGH2, HCNG, LPG, LH2, bahan api etanol, bahan api bio seperti biodiesel, kerosin, atau bahan api jenis lain ke dalam kenderaan.
Terdapat dua stesen minyak di Kg Jabi iaitu Stesen Minyak BHP dan Stesen Minyak Caltek. Kedua-dua stesen minyak ini berada dilaluan sebelah kiri sekiranya laluan dari Bandar Jerteh menuju ke Kuala Terengganu. Ini Kerana tempat yang strategik kerana laluan utama memudahkan pengguna jalan raya untuk berhenti mengisi minyak, selain itu juga memberi kemudahan setempat disekitar Kg Jabi. Walaupun kedua-dua stesen ini kecil tapi cukup bermakna kepada warga Kg Jabi kerana mereka tidak perlu pergi lebih jauh untuk mendapatkan bahan api sekiranya ketika dalam keadaaan terdesak.

Stesen Minyak Caltex Pekan Jabi, 22020 Jerteh, Terengganu
Stesen Minyak BHP

Stesen Minyak BHP Kg Jabi, 22020 Jerteh, Terengganu
Stesen Minyak BHP ini berada disebelah kiri dari arah Jerteh ke Kuala Terengganu bersebelahan dengan kedai makan masakan panas ala Thai. 500meter dari Pusat Internet Kg Jabi.
Pasar Pekan Jabi

Pasar Pekan Jabi, 22020 Jerteh,Terengganu